Rahib Muda Swami_Vivekananda

Pada tahun 1888,Narendra mula merantau ke seluruh India sebagai seorang Parivrâjaka –(seorang fakir yang tiada tempat kediaman tetap, tiada ikatan dan bebas).Hartanya cuma sebatang tongkat, sebuah kamandalu (kendi air) dan dua buah bukukegemarannya – Bhagavad Gita dan The Imitation of Christ. Selama lima tahun,beliau merantau dan melawat tempat-tempat suci danmempelajari pelbagai aspek agama dan kehidupan masyarakat India. Ketika ini, beliau belajar untuk bersimpati dengan penderitaan dankemiskinan penduduk negaranya. Beliau mula mencari jalan untuk membangkitkansemula negaranya. Dalam perjalanan ini, beliau berinteraksi dengan pelbagaigolongan seperti golongan diraja, orang-orang Hindu, Muslim, Kristian, golonganyang ditindas masyarakat, pegawai-pegawai kerajaan dan sebagainya.

Pada tahun 1888, Narendra menuju ke destinasi pertamanya, Varanasi. Beliau melawat tempat-tempat di mana GautamaBuddha dan Sri Sankara memberikan khutbah. Beliau juga bertemu dengan Trailanga Swami, seorang alim di Varanasi. Babu PramadadasMitra, seorang pendeta Sanskrit juga berkawan dengan Narendra ketika ini.Narendra sering berutusan surat dengan Pramadadas Mitra untuk mendapatkan penjelasan tentang teks-teks Hindu.

Semasa berada di Sarnath, berdekatan Varanasi, suatu peristiwa penting dalam hidup Narendra berlaku. Pada suatu pagi, beliau sedang berjalan berdekatan sebuah tangki airselepas mengunjungi kuil Dewi Durga. Tiba-tiba, beliau dikerumuni sekumpulanmonyet besar. Monyet-monyet itu enggan untuk memberi laluan dan mula menyerangnya.Apabila beliau cuba untuk berlari, kumpulan itu mengejarnya dengan pantas. Seorangfakir tua yang melihat ini, memanggilnya: “Jangan berlari! Hadapi binatangitu.” Narendra berhenti dan berpusing berhadapan dengan monyet-monyet yangmengejarnya. Melihat ini, binatang-binatang itu berhenti mengejarnya danmelarikan diri dari tempat itu. “Itu satu pedoman untukseumur hidup – berdepanlah dengan keburukan, hadapinya dengan berani. Sepertimonyet-monyet itu, kesusahan hidup berundur ke belakang apabila kita berhentimelarikan diri darinya. Jika kita hendak mencapai kebebasan, ia mestidengan cara menakluki alam, bukan dengan melarikan diri darinya.Pengecut-pengecut tidak akan berjaya. Kita mesti berlawan dengan ketakutan, kesusahandan kejahilan jika kita mahu melepaskan diri darinya.”

Dari Varanasi,Narendra merantau ke Ayodhya, Lucknow, Agra, Vrindavan, Hathras dan Rishikesh. Pada September 1888, beliau berhenti di Hathras.Seorang pegawai stesen keretapi bernama Sharat Chandra Gupta berjumpa dengannya dan menjemputnyauntuk makan di rumahnya. Beliau menerima jemputan itu dan seterusnya menetapdi rumah Sharat untuk beberapa hari. Ketika beliau hendak meneruskanperjalanannya, Sharat mendesaknya untuk menerimanya sebagai pengikut.

Narendraberkata, “Bolehkah kamu mengikut saya? Jika begitu, ambil mangkuk saya danpergi ke rumah pekerja-pekerja stesen keretapi dan mengemis.” Sebaik sahajamenerima arahan ini, Sharat pergi mengemis makanan daripada pekerja-pekerjabawahannya. Melihat kesungguhan Sharat, Narendra menerimanya sebagai pengikut dan menamakannya sebagai Swami Sadananda.

Narendra danSadananda bertolak ke Hrishikesh. Sadananda yang selama ini telah hidup selesatidak dapat menyesuaikan dirinya dengan kesukaran hidup seorang fakir. Ketikamerantau di perkampungan Himalaya yang terpencil, dia jatuh pengsan keranakelaparan dan kehausan. Narendra mendukungnya dari tempat itu. ApabilaSadananda langsung tidak bermaya untuk mengangkat apa-apa, Narendra sendirimembawa barang-barangnya termasuk kasutnya.

Pertemuan dengan Pavhari Baba

Sekitar tahun 1888 dan 1890, Narendra melawat Vaidyanath dan Allahabad.Dalam Januari 1890, beliau sampai di Ghazipur melalui Allahabad. Di sini, beliaubertemu dengan Pavhari Baba, seorang petapa terkenal. Selepas bertemu dengan petapaitu, Narendra teringin untuk menjadi pengikutnya untuk mempelajari Hatha Yoga.Namun, keinginan Narendra tidak direstui oleh Sri Ramakrishna. Pada malamsebelum beliau mengambil Diksha daripada Pavhari Baba, Sri Ramakrishna munculdalam mimpi Narendra dan menegahnya. Mimpi ini berulang selama beberapa malam. Akhirnya,Narendra menukar fikirannya. Beliau sedar bahawa hanya Sri Ramakrishna bolehmenjadi gurunya.

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974